Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan diasaskan oleh Puan Azah Aziz. MALAYSIAN WOMEN JOURNALIST ASSOCIATION was established in 1971 and was initially led by Puan Azah Aziz.
1. Menyatupadukan semua wartawan wanita dan memajukan kepentingan profesional, intelektual dan sosial ahlinya.
2. Mempertingkat kewibawaan dan kebebasan akhbar, dan memelihara etika kewartawanan.
3. Menyokong ideal dan konsep kebebasan akhbar.
4. Berusaha memperbaiki taraf kedudukan kaum wanita Malaysia umumnya melalui tugas ahli dalam bidang media massa.
5. Bekerjasama dengan pertubuhan wartawan dan penulis profesional, pertubuhan wanita serta badan-badan sukarela yang diiktiraf di Malaysia untuk mencapai tujuan persatuan.
AHLI JAWATANKUASA 2011/2013
KETUA SATU MUHARYANI OTHMAN
KETUA DUA S.KAMATCHY
SETIAUSAHA SHAIDAH SHAFEI
PENOLONG SETIAUSAHA NORHAFZAN JAAFAR
BENDAHARI ADLINA DATO' ABDUL WAHAB
AJK BIASA NORHASLIZA ABDULLAH HARYANI NGAH MASALIZA MASKAN CIK RASHIDAH ABD GHANI MANISAH ISMAIL NOR AFZAN MOHAMAD YUSOF
AUDITOR ROHANI PA' WAN CHIK FADZILLAH HARON
Keahlian PERTAMA
Ada tiga jenis keahlian: Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Seumur Hidup
Ahli Biasa: Terbuka kepada semua wartawan wanita berusia 18 tahun ke atas, yang bekerja tetap dengan sektor awam dan swasta. Takrif wartawan merangkumi wanita yang berkhidmat dalam bidang sebaran am khususnya yang bekerja dengan akhbar, majalah, radio, televisyen, agensi berita, syarikat filem dan juga penterjemah, pelukis dan jurugambar yang menjadi anggota kewartawanan. Keahlian Biasa juga terbuka kepada Setiausaha Akhbar dan Pegawai Perhubungan Awam wanita profesional yang bekerja tetap dalam sektor Kerajaan atau swasta.
Ahli Bersekutu: Terbuka kepada semua bekas wartawan wanita dan bekas pegawai perhubungan awam wanita dan wartawan sambilan.
Ahli Seumur Hidup: (Diperkenalkan pada 1999) Ahli Biasa PERTAMA dan mereka yang pernah bekerja sepenuh masa dalam bidang sebaran am sekurang-kurang lima tahun berhak menjadi Ahli Seumur Hidup
Lagu PERTAMA
KAMI PERTAMA
Dari berbagai media Bersatu kami dalam PERTAMA Seiring serta sehaluan Menjalin persahabatan
Di mana jua berada Di ceruk desa ataupun di kota Etika sebagai panduan Kewajipan kita laksanakan
Korus: Berbakti kepada semua Ibu pertiwi terutama Dengan PERTAMA kita mara Bersatu ke medan jaya
No comments:
Post a Comment