Alamat

PERTAMA, 36E, Tingkat 5, Blok 36, Apartmen Mahsuri,
Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
wartawanita@gmail.com

Monday, August 17, 2009

Kegiatan/Aktiviti PERTAMA

Jenis Kegiatan:

Ilmu/Pendidikan
– forum, ceramah, seminar, bengkel dan kursus

Sosial
– Pertemuan/majlis bermesra antara ahli, lawatan di dalam dan luar negara, perjumpaan dengan pemimpin/tokoh wanita dan negara, sukan

Kebajikan – jamuan amal, tayangan amal, menderma kepada badan-badan kebajikan dan bencana alam, tabung amal berdaftar, berbuka puasa dengan anak yatim/miskin.selain membantu ahli dan wartawan yang memerlukan.


Pada awal penubuhannya PERTAMA cergas dengan pelbagai kegiatan hampir setiap bulan, termasuk jualan amal, ceramah adat resam pelbagai kaum, undang-undang, forum dan kelas bahasa.

Kegiatan ilmu

Memenuhi tanggungjawabnya sebagai persatuan profesional, PERTAMA cergas menganjurkan pelbagai kegiatan berbentuk ilmu bertujuan menambah pengetahuan, membincangkan soal kemajuan wanita dan masyarakat serta kewartawanan. Antara kegiatan ilmu pernah dianjurkan:

Ceramah Public Speaking (Ogos 1997)
Bengkel Penulisan Skrip (November 1994)
Bengkel Motivasi Ibu Tunggal (Januari 1994)
Seminar Menangani Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja Dan Institusi Kekeluargaan (September 1993)
Bengkel Strategi Kejayaan Wanita (1992)
Bengkel Penulisan Media (Januari 1990)
Forum Benarkah Wanita Tiada Masa Depan Dalam Bidang Kewartawanan? (Oktober 1987)
Ceramah Etika & Cara Berpakaian Rasmi (Mei 1985)
Bengkel Penulisan Berita Dan Rencana (Disember 1984)
Seminar Peranan Media Am (1982)
Kursus Seni Foto (1982, 1977)
Seminar Etika Media Massa (1981)
Seminar Wartawan Wanita ASEAN
Seminar/Forum/Pameran Wanita Dalam Sebaran Am (1975) bersama Institut Akhbar Malaysia

Kegiatan kebajikan

Antara kegiatan besar berbentuk kebajikan dan mengumpul derma termasuklah:
Malam Tradiosa untuk Tabung Amanah Kebudayaan Negara
Tayangan Amal untuk Persatuan Bekas Perajurit
Malam Amal mengisi tabung Persatuan Palang Merah (kini Bulan Sabit Merah)
Pasar Ria Amal untuk membantu pelarian Afghanistan
Malam Derma Antarabangsa (1981) untuk Majlis Pemulihan Malaysia
Tayangan Perdana Amal untuk Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (1981)
Pesta Amal (1992) untuk tabung kebajikan PERTAMA
Majlis jamuan petang Sentuhan Rasa (Oktober 1995) bagi membantu ahli PERTAMA, Zaiton Ahmad yang menghidap sakit buah pinggang.
Majlis Minum Petang Bersama Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Palestin pada 17 September 2002. Hasil kutipan itu, lebih RM63,000 disalurkan kepada rakyat Palestin yang tertindas melalui Pertubuhan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY).
Malam Amal Citra Budi (30 Jun 2006) mengumpul dana untuk membeli mesin hemodialisis yang diserahkan kepada Pusat Hemodialisis Amal MAA-MEDIcare.

Lawatan sambil belajar

Bagi menambah pengetahuan dan meluaskan pandangan, PERTAMA sering mengadakan lawatan ke tempat menarik seperti:

Projek Amalan Nilai Pemakanan di Kuala Langat
Institut Perhutanan di Kepong
Pusat Belia Pelopor Negara di Dusun Tua
Projek Risda Temerloh dan Felda Jengka
Universiti Pertanian
Puspati
Kilang pengeluaran barangan
Taman Negara
Tasik Kenyir
Negeri-negeri seluruh negara

Lawatan luar negara

Lawatan ke Indonesia pada 15 – 24 September 1972 mengukir sejarah kerana menjadi rombongan terbesar wartawan melawat luar negara (30 orang) dan yang pertama selepas konfrontasi Indonesia-Malaysia. Rombongan mendapat sambutan hebat dan liputan media meluas di sana. Antara kenangan paling manis bagi ahli rombongan tentulah peluang menghadap hormat Presiden Soeharto di pejabatnya dan isteri beliau, Ibu Tien, di Istana Presiden. Rombongan turut melawat Puncak, Bandung, Surabaya dan Bali.

Selain itu ahli-ahli PERTAMA berpeluang melawat Pakistan, Jepun, Uzbekistan, Hong Kong, Thailand, Kuwait, Moscow, London, Eropah, Maghribi/Sepanyol, Turki, Jordan, Iran, Mesir, China, Vietnam, Lubnan dan Syria serta Yemen.

Kegiatan sukan

Ahli PERTAMA juga cergas bersukan terutama badminton dan pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pelbagai pertubuhan termasuk pasukan badan kebajikan isteri wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri-negeri seluruh negara.

Anugerah dan penghargaan

PERTAMA mewujudkan anugerah buku (sijil berserta wang tunai) kepada penuntut sebaran am (wanita) terbaik daripada pusat pengajian tinggi tempatan,

PERTAMA turut memberi pengiktirafan kepada beberapa orang tokoh wartawan wanita kerana sumbangan mereka kepada dunia kewartawanan. Pada 27 Julai, 1984, PERTAMA menyampaikan Anugerah Lencana Jaya kepada Allahyarham Zaharah Za’ba (bekas juruhebah dan penerbit Radio Malaya) dan Rashidah Ismail (bekas penyunting Berita Harian yang menjadi wartawan sejak 1952).

Pada Malam Mesra Ulang Tahun PERTAMA yang ke-25, 10 November 1996, disampaikan Anugerah Citra Budi kepada pengasas PERTAMA, Kak Azah Aziz dan tokoh wartawan berwibawa, Adibah Amin.

Pada malam ulang tahun ke-35, PERTAMA menyampaikan Anugerah Citra Budi kepada Datuk Ng Poh Tip (bekas Ketua Pengarang Kumpulan The Star), Yong Rafidah Yaacob (bekas Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran RTM), Maimunah Yusof (bekas Ketua Pengarang Majalah dan Ketua Pegawai Operasi Utusan Karya), Hardev Kaur (bekas Pengarang Kumpulan NST), dan Hamidah Karim (Pengarah Urusan Prestige Communications).

Penerbitan Buku

Pada majlis sambutan ulang tahun ke-25, PERTAMA melancarkan buku Wanita Dalam Media yang diselaras dan dikendalikan oleh Noorbaiti (Noor Bathi) Badaruddin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, yang juga ahli PERTAMA.

No comments:

Post a Comment