Alamat

PERTAMA, 36E, Tingkat 5, Blok 36, Apartmen Mahsuri,
Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
wartawanita@gmail.com

Monday, August 17, 2009

Sejarah PERTAMA

Jenis pertubuhan: Sosial/Profesional

Pengasas: Puan Azah Aziz

Ditubuhkan pada: 12 Januari 1971

Alamat:
36E, Tingkat 5, Blok 36
Apartmen Mahsuri
Jalan Setiawangsa 13
Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur

Ura-ura
hendak menubuhkan sebuah persatuan yang dapat mewakili kepentingan wartawan wanita di Malaysia mula disuarakan pada akhir tahun 60-an. Bagaimanapun hanya pada awal Disember 1970 baru hasrat itu menjadi kenyataan, apabila ura-ura itu dibangkitkan semula pada jamuan Aidilfitri di rumah pengelola halaman wanita Berita Harian, Puan Azah Aziz (Kak Azah). Sebelum itu, beberapa orang wartawan wanita telah berjumpa Kak Azah untuk berbincang kewajaran mengadakan persatuan sedemikian.

Maka pada 12 Januari 1971, tertubuhlah Persatuan Wartawan Wanita Malaysia atau ringkasnya PERTAMA. Lebih kurang 70 orang wartawan wanita daripada syarikat akhbar, agensi berita, stesen radio dan televisyen, syarikat swasta, jabatan kerajaan, badan berkaitan, bekas wartawan serta penulis sambilan, menghadiri mesyuarat khas itu di Sudut Penulis Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sebuah jawatankuasa sementara dibentuk dengan Kak Azah sebagai Ketua Satu, Lakshmi Natarajan (Straits Times) sebagai Ketua Dua, Azizah Ali (Utusan Melayu) sebagai Setiausaha, Chin Cheng Mei (Straits Times) sebagai Bendahari dan enam ahli jawatankuasa mewakili pelbagai bidang media massa.

Dengan tertubuhnya PERTAMA, wartawan wanita yang berjumlah kira-kira 100 orang di Kuala Lumpur ketika itu, berharap dapat berusaha meningkatkan tahap profesionalisme mereka dan kedudukan kewartawanan di negara ini. Langkah Ini juga memberi peluang kepada wartawan wanita berkumpul, bergaul, bertukar-tukar pendapat dan bekerjasama merancang pelbagai kegiatan demi kemajuan dan kepentingan bersama.

Sebagai pertubuhan profesional yang ahlinya sentiasa sibuk Jawatankuasa PERTAMA kerap bertukar ganti.

Sekadar menyebut secara rambang, mereka yang pernah memegang jawatan Ketua Dua:
Lily Goh (Jabatan Penerangan Malaysia)
Azizah Ali (Utusan Melayu)
Noor Hashimah Ismail (RTM)
Siti Bidayah Ahmad (Berita Harian)
Hani Layali Adnan (Shell)
Fauziah Rauf (Utusan)
Norhiyah Mohd Isa (RTM)
Maimunah Yusoff (Utusan)
Datin Siti Maryam Ibrahim (Awal Holding)

Mereka yang pernah menjadi Bendahari:
Too Wan Jin
Yap Jin Neo (Bernama)
Siew Yong Gnanalingam (MAS)
Hardev Kaur (NSTP)
Webah Salleh (Utusan)
Yeak Jing (Nanyang Siang Pau)
Razaliah M Ariff (Utusan)
Alina Ranee (NSTP)
Puan Sri Ashidah Minin
Maizatul Akmam Yahaya (RTM)
Noor Hashimah Ismail (RTM).

Mereka yang pernah terpilih sebagai Setiausaha:
Azizah Ali (Utusan)
Hani Layali Adnan (Shell)
Salmiah Ismail (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Rohani Pa’ Wan Chik (Berita Harian).

Mereka yang pernah menganggotai Jawatankuasa PERTAMA antaranya:
Tunku Puteri Munawirah, Paddy Schubert, Amy Low, Fuziah Ayub, Habsah Hassan, Hanim Melan, Roseminah Ahmad, Salmah Mohsin, Asiah Sarji, Khadijah Hashim, Azizah Hadi, Annie Zakiah Merican, Aliyah Sijari, Maizam Abdullah Sani, Norela Samad, Norizan Muslim, R. Sharmini, Nana Tan, Norila Daud, Kamariah Ahmad, Sarimah Husin, Delaila Hussein, Mariamah Tijo, Faridah Idris, Fauziah Hassan, Nasriah Aris, Rashidah Md Dahan, Fariza Saidin.

No comments:

Post a Comment